Sunday, September 25, 2011

★★★

~Apabila bercakap dengan orang islam.~

★ Dont say HELLO ~ Say ASSALAMUALAIKUM
★ Dont say THANKS ~ Say JAZAKUMULLAH KHAIRAN KATHIRA
★ Dont say TC BYE ~ Say FII AMAN ALLAH

★ Dont say GREAT ~ Say MASYAALLAH
★ Dont say OK ~ Say INSYAALLAH
★ Dont say I AM FINE ~ Say ALHAMDULILLAH
★ Dont say WOW ~ Say SUBHANALLAH

Saturday, September 24, 2011

HAK & TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI


Tanggungjawab dan Hak Suami
Antara tanggungjawab suami menyediakan nafkah kepada isteri berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu menurut cara yang sepatutnya." (Surah al-Baqarah, ayat 233)
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Dan bagi isteri-isteri kamu, hendaklah kamu memberi nafkah dan pakaian kepada mereka dengan cara yang baik." (Hadis riwayat Muslim).
Suami juga mesti bergaul dengan isteri dengan cara yang baik. Firman Allah yang bermaksud: "Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik." (Surah an-Nisa', ayat 19)
Tanggungjawab dan Hak Isteri
Isteri wajib mentaati suami dalam perkara yang bukan maksiat.
Isteri juga tidak boleh membenarkan orang lain memasuki rumah tanpa kebenaran dan keredaan suami.
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Hak kamu yang wajib ditunaikan oleh isteri kamu ialah tidak membenarkan sesiapa yang kamu benci memijak kakinya ke tempat tidurmu (memasuki rumahmu). (Hadis riwayat Muslim)
Begitu juga dengan maruah, setiap isteri mesti menjaga kemuliaan, kehormatan dan harta benda suami. Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: "Tidakkah kamu mahu aku tunjukkan sebaik-baik perkara yang disimpan oleh lelaki? Ia adalah isteri yang solehah; apabila suami melihatnya, dia menggembirakan suaminya, apabila suami menyuruhnya, dia taat, dan apabila suaminya tidak ada bersamanya, dia menjaga dirinya dan harta benda suaminya." (Hadis riwayat Abu Daud)
Tanggungjawab Bapa Terhadap Anak
Islam juga mewajibkan bapa secara khusus memberi nafkah kepada anak. Menjaga kebajikan anak, termasuk menyediakan dalam kadar munasabah keperluan untuk hidup, belajar dan kesihatan.
Begitu juga anak wajib dididik supaya sentiasa beribadat dan berakhlak mulia. Tugas mendidik berada di atas kedua ibu dan bapa. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: "Didiklah anak kamu dengan tiga perkara; cintakan Nabi kamu, cintakan ahli keluarga Nabi kamu dan membaca al-Quran." (Hadis riwayat Dailami)

mU$L!mAH

Muslimah,
Apabila teruna memandangmu, kau tunduklah mengelak panahan syaitan...
Apabila teruna mendekatimu selangkah, kau berundurlah beribu langkah...
Apabila teruna memujuk rayumu, kau anggaplah itu merupakan kalimah iblis syaitan..
Apabila teruna menutur harapan indah,kau yakinkanlah dirimu bahawa janji-NYA lebih bahagia disana kerana dikau mengerti dan menyedari akan erti maruah seorang muslimah...
ALLAH2 peliharalah hati kami..amin2...



Friday, September 23, 2011

*#* LELAK! !DAMANKU *#*

Lelaki idaman…

S'org lelaki yg aku idamkn
Ialah s'org buta,bisu, bakhil & papa…
Biarlh dia s'org yg buta

Buta, Krn matanya sunyi drpd melihat prkara2 maksiat & lagha
Krn matanya trpelihara drpd memandang aurat wanita ajnabi
Asalkn kedua matanya terang dlm memerhatikn
k'agungan ciptaan Allah
Asalkn dia celik dlm melihat k'sengsaraan umat Islam di Palestin, Ambon, Bosnia & seumpamanya.

Biarlh dia s'org bisu
Bisu, Bisu drpd pujuk rayu yg bisa menggoncang k'imann
Bisu drpd mengungkapkn ucapn yg bisa meracun fikirn
Bisu drpd prkataan yg bisa mndatangkn k'kufurn
Asalkn bibirnya sntiasa basah mengingat Tuhan
Asalkn lidahnya tidak prnah lekang dr mmbaca Al-Quran
Asalkn dia petah mmbangkang k'mungkarn
& lantang mnyuarakn k'benarn

Lelaki yg aku idamkn ialah s'org yg bakhil
Bakhil, Bakhil dlm mmberi senyumn
Pd wanita yg bukan mahramnya
Bakhil dlm m'luangkn masa brtemu jnji dgn wanita ajnabi yg boleh dinikahinya
Bakhil utk mghabiskn wang hanya krn s'org wanita yg tidak sepatutnya
Ttpi dia bgitu pemurah meluangkn masanya utk bribadah kpd Khaliqnya
Dia bgitu pemurah utk mmprtahankn aqidahnya
Pemurah dlm mmberi nasihat & tegurn
S'hgga dia sggup mggadaikn hartanya
Bahkn nyawanya sndiri utk melihat kalimah LAILAHAILLALLAH
Kmbali megah di muka bumi

Lelaki yg aku idamkn adalah s'org yg papa
Papa, Papa dlm melakukn prkara maksiat
Papa dlm ilmu-ilmu yg tak brfaedah & brmanfaat
Papa memiliki akhlak mazmumah
Tp dia cukup kaya dlm pelbagai ilmu pengetahuan
Dia bgitu kaya memiliki ketinggian akhlak & budi pekerti yg mulia
Dia bgitu kaya dgn sifat sabar dlm mgharungi tribulasi kehidupannya
& dia s'org yg kaya dlm mmbina jati diri
Dia mahu mnjadi s'org syuhada
Yg syahid di jalan Maha Esa...

insyaALLAH...
USRAH BAHAGIA MAWADDAH WARAHMAH

Thursday, September 15, 2011

# DI AMBANG RINDU #


Di pagi yang kelam,
Ku tersedar dalam cahaya,
Lantas memori indah mengimbau,
Disaat itu,
Rindu kian memuncak,
Pada insan bernama kekasih.
Ya Allah...
Jangan jadikan kerinduan ini satu kelalaian,
Jangan jadikan kerinduan ini satu kealpaan,
Jangan jadikan kerinduan ini...
Meragut kerinduan utama padaMu dan ar-Rasul.
Sesungguhnya Ya Rahman...
Engkau mengetahui hati-hati hambaMu yang merindu,
Merindu pada insan yang tidak pasti,
Namun dia adalah harapan,
Kerana kami pernah mengukir janji,
Menaruh rasa rindu kami,
Menahan rasa rindu kini,
Yang ada hanya rindu padaMu, Sang Pencipta rindu,
Hingga tiba saatnya,
Rindu yang halal itu milik kami...
Maka Ya Rahman...
Teguhkan hati dan jiwa kami yang sedang merindu,
Jangan biarkan rindu itu mekar dan terus berbunga,
Mematuk dan terus menular bisanya,
Hingga bisa menjadi nanah merbahaya,
Dibuai angan dan mimpi yang tidak berkesudahan,
Kerana,
Semuanya tiada erti tanpa redhaMu,
Ya Rabbi..

.::. SETIA dan SEDIA DALAM IKATAN .::.


"Ya Allah, jadikan hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku." (Riwayat Muslim no. 2491)
Membina ikatan persis membina sebuah mahligai terindah, tapaknya perlu kukuh atas landasan kecintaan, dilengkapi batu bata kepercayaan dan diperteguh tiang kasih sayang. Tampak cantik dihias rona bebunga di taman, saat mentari pagi menyimbah cerlang sinarnya. Si Tiung singgah mengalun, berkicauan lagu cinta, saksi romantisnya jiwa. Namun, membinanya bukanlah semudah menyaksikannya, nampak kirana di mata tetapi memerlukan kudrat dan keringat dalam memacunya.
"Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik, perempuan yang baik diciptakan untuk lelaki yang baik."
Dalam memateri sebuah ikatan, elemen setia dan sedia menjadi perlambangan sejauh mana kekuatan sebuah ikatan. Berseminya ikatan tanpa kesetiaan, ibarat menunggu rumah ditelan rebah. Bertautnya ikatan tanpa kesediaan, ibarat menanti mahligai musnah berkecai.
Saat memilih untuk membina ikatan, eloklah diteliti apakah kita telah melengkapi keduanya.Bersetia menjalin cinta dan menongkah badai kehidupan bersama. Tidak pernah goyah diduga godaan, tidak pernah rebah diuji cabaran apatah lagi gundah disuntik rintangan. Hidup bersama rencahnya berjuta. Tika itulah kesetiaan benar-benar memainkan peranan.
Apabila lengkap elemen kesetiaan, lihatlah pula kepada elemen kesediaan. Usah sekadar terpesona dengan lafaz dan janji di bibir manis, namun intailah kesediaan menerima yang tak pernah gerimis. Ilmu agama disisip kemas di dada, agar hasutan syaitan dan iblis bisa ditepis. Sedia membimbing dan dibimbing. Nafsu amarah bukan wasilah melampiaskan kemarahan bukan pada tempatnya. Toleransi sebagai benteng utuhnya rukun sebuah ikatan.
''Sebaik-baik perhiasan di dunia ini ialah wanita solehah''
Ketahuilah wanita solehah, bahawa dirimu amat bernilai. Selautan emas waima segunung permata bukan tandinganmu kerana dirimu jauh lebih tinggi nilainya di kaca mata Islam. Usah mudah memberi cinta, kelak binasa jiwa. Sebaliknya, ujilah si dia agar simpulan kasih tidak mudah terungkai, ikatan sayang tidak mudah bercerai.
Jika ingin memilih membina ikatan, maka bersiagalah kerana era penuh air mata dan duka akan menantimu. Kuatkanlah keteguhan nalurimu agar segala yang ditempuhi mendapat inayah-Nya. Ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam si mawar berduri. Sebaik ditanam tidak terus berputik bunga kirana, tetapi tumbuh dahulu duri yang berbisa.
Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: "Manusia yang utama adalah orang mukmin yang alim. Jika diperlukan dia diberikan manfaat, jika tidak diperlukan, dia pun kaya dengan dirinya sendiri."
Bagi arjuna, keperkasaan bukanlah bukti kelelakian sebenarmu. Layar bahtera akan dapat terus menyusur pantai impian, walau badai merempuh apabila mahligai ikatan dinakhodakan oleh lelaki yang beriman. Bisa melindungi dan membajai kasih sayang yang tidak berbelah bagi.
Menjadi pemimpin terulung kebanggaan pasangan, menyalur bimbingan dan pendidikan kepada ahli keluarga dan tidak merelakan diri menjadi dayus sehingga di akhirat kelak mendapat celaka. Bijaksana dalam merencana keputusan agar tidak menyinggung hati dan perasaan. Rasulullah menjadi tauladan dalam menjadi suami idaman. Suami ibarat mentari, memberi cahaya dan kehangatan. Isteri bagai bulan, cantik dan indah dipandang.
''Selembar benang berkait, akhirnya berpakai jua, setapak kaki berdikit, akhirnya berdiri juga''
Kepada sesiapa yang merasa diri masih bergelut dalam kekurangan dan belum memenuhi elemen-elemen ini, jadi bermulalah sekarang. Andai diri tidak setia, belajarlah memahami hakikat kesetiaan, signifikannya dalam ikatan.
Andai diri tidak sedia, namun mengharap bunga di taman larangan, penuhilah pengetahuan agama di dadamu. Kalungkanlah di jiwamu rasa tanggungjawab walaupun rasa jahil membelenggumu. Muhasabahlah diri agar terbinanya hubungan berkekalan hingga penghujungnya.

Friday, September 9, 2011

~ n!$a' ~

Walau sekejam/sejahat mana pun seorang lelaki, dia takkan memilih wanita yg tiada pekerti mulia & kurang ibadat. Lelaki mempunyai sifat tanggungjawab. Sebab itu, sejahat mana pun dia, dia tetap memilih wanita yg ada pegangan agama krn lelaki itu mahukan anak2nya kelak kuat pegangan agama agar berjaya dunia akhirat..

Wahai wanita peliharalah dirimu & kuatkan imanmu krn akan dtg seorang lelaki soleh melamarmu kelak, InsyaAllah :)

Thursday, September 8, 2011

.:: g0LdEN w0Rd$ ::.


"Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
"Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluargamu, dan aku (Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam) adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang tidak tahu budi."

"Sebaik-baik wanita adalah yang apabila diberi sesuatu dia bersyukur dan bila tidak diberi apa-apa dia bersabar, yang menyenangkan hatimu bila kamu melihatnya dan mentaatimu bila kamu menyuruhnya."
"Orang mukmin yang paling sempurna dalam beriman ialah mereka yang paling baik budi pekertinya. Dan sebaik-baik kamu adalah mereka yang terbaik pergaulannya terhadap isterinya."
"Dunia ini laksana perhiasan dan sebaik-baiknya perhiasan adalah isteri yang solehah."

✿..HATI, KAU KENA KUAT..✿



❤¸¸.•» HATI...kau kena kuat, jangan cepat mengalah..jangan cepat melatah, kalau kau kuat, insyaALLAH..tidak ada apa-apa yang boleh buat kau goyah..
❤¸¸.•» HATI..jangan kau taksub dengan cinta dunia..cinta itu sementara, mungkin kau tidak bisa dapat cinta sesama manusia, tapi penuhkanlah cinta itu hanya untuk Penciptanya..
❤¸¸.•» HATI..jangan kecewa..manusia lain mungkin tidak tahu apa yang kau rasa tapi Allah sentiasa ada..sentiasa bersedia untuk kau kembali kepadaNya..
❤¸¸.•» HATI..Allah tidak akan uji kau kalau Dia tahu kau tidak mampu untuk menghadapinya...Allah tahu kau kuat, setiap kali kau jatuh akibat kekecewaan dunia, bangunlah kau menghadapNya..DIA uji kau kerana mahu kau sentiasa sedar, yang cinta kau itu hanya milikNya..
❤¸¸.•» HATI..kau jangan menangis..kau jangan sedih..Allahkan ada..
p/s : Hati yang KUAT akan memandang segala-galanya secara positif, menTAFSIRkannya secara positif dan BERTINDAK secara positif..ya ALLAH, berikanlah aku hati itu untuk meneruskan PERJALANAN ini..amin..❤